Monday, August 24, 2009

Ahlan Wa Sahlan "Damia Humairah"

Agak kelewatan untuk mengupdatekan blog ini..Alhamdulillah ade kesempatan cikit hari ini nk update kan untuk berkongsi cerita-cerita manis dan pahit sepanjang kelahiran yang dinanti..:-)

7/8/09 Jumaat

Aku pergi ofis macam biase. Tetibe jam 9.30pg,terima call dari isteri..'abg,ayg terjatuh dekat sekolah tadi...' Tergamam jugak seketika, ..'tapi xde darah yg kuar...'.balas isteriku.Xpelah,papepun jom kite check jugak. Aku pun terus bergegas balik rumah..dalam hati makin resah jugak dibuatnya,mcm2 yg difikirkan sepanjang pejalanan, dan terus berdoa agar tidak ada apa2 yg berlaku pada isteriku dan bayi dlm kandungannya..Masuk harini dah 39 minggu.dan ikutkan due , ialah 13hb Ogos ni..xla lame lagi..

Smpai rumah,kami pun terus pergi ke Klinik Alamedic Bukit Jelutung,klinik yg mmg biase kami buat check up every month smpai kndungan baby 7 bulan.Klu ade sakit pape pun mmg kami akan ke klinik ni..sebabnye klinik panel.Sampai2 sana,tgk ramailah pulak patient nye..adus,,lame jugak la ni nk kene tggu..xpelah.tggu jelah cikit. Lebih kurang jam 11.15am baru name wife aku dipggil.. Lepas doc check sume,die bg advise better untuk refer terus ke SJMC. Kami pun xde pilihan, terus bergegas ke SJMC. Smpai sana,terus kene buat fetal monitoring(CTG) nk tgk pergerakan baby,heart bit n contraction. Lame jugak nk menunggu tuk buat tu..So,leps sejam buat,graf nye dah ade menunjukkan contraction every 5 minutes. Doctor Delaila pun terus mintak utk hntr ke Labour Room..

Di Labour Room

Jam 3 ptg,isteriku dah kene masuk dlm labour room. sepanjang di situ,dipasang alat CTG untuk monitor heart bit n contraction..6 ptg doc dtg cek,bukaan masih 1cm..doc kate kate alang2 dah ade dlm labour room ni, baik teruskan jelah kn.,aku pun hanye ikutjelah,yg penting kedua2 isteri dan baby ku selamat. Nurse tu pun sediakan induce ,masukkn air dekat wifeku. dlm labour room tu ade pulak astro,smbil boring2 tu,tgk2 la cikit tv.hehe,,smbil borak2 dgn isteriku n bg kate smgt..Aku pun kene balik kejap untuk ambil barg2 keperluan awarded.
Semalaman wifeku xdapat tido kerana menanggung kesakitan bile contraction,aku pun kene la temankan die.smbil baca2 kan selawat dan zikir untuk menenangkan die..then,smpai pkl 7 pg keesokan harinya,bile nurse cek,,bukaan hanye 2cm..Fuh,lame lagi nampaknye ni..Igtkan pagi2 tu dah boleh tuk deliver..Smpai jam 3 ptg (Sabtu 8/8/09.).isteriku mmg betul2 dah xthn sakitnye n doc advice tuk amik epidural coz dah lame sgt ni.bukaan bru 4cm..Aku pun xde pilihan,setuju je dgn cdgn doc,takut nnti die pengsan pulak bile nk push,sebab dah 24 jam dlm labour room ni..Lepas masuk epidural,baru la lega cikit kesakitan yg amat sgt tu..Sedih dibuatnye bila melihat die betul2 tggung kesakitan.Terkenang balik,begitulah sebenarnye pengorbanan seorang ibu untuk melahirkan anak..Kesakitan yg tidak boleh digambarkan.Hanya Allah mengetahuinya,..bicara isteriku.

Penantian yg penuh mendebarkan (8/8/09)

Jam sudah pukul 6ptg.Isteriku dah mula kembali rase kesakitannya.Bukaan sudah 9 cm. Then nurse ajar cara2 untuk push. Aku terus duduk disisi isteri dan bg kate perangsang kepadanya..6.30ptg Dr Delaila smpai..mgkin masa nye telah hmpir untuk baby keluar.Aku terus duduk disisi nya dan mmberi smgt pada nya untuk dpt push kn dgn baik..Suara nurse2 tidak kedengaran sgt,cume suara ku je yg bnyk bersuara utk bg smgt pd wifeku.

Akhirnya tepat jam 6.43ptg, Damia Humairah selamat dilahirkan..Subhanallah,sunggug menakjubkan.Aku dapat melihat secara live kelahairan damia..Mengalir air mata kesyukuran tatkala melihat die keluar dr perut ibunya."Alhamdulillah,,yang,,anak kite selamat ,I'm very2 proud with you!!! ujarku pada isteriku. Then Dr terus bg gunting pada ku untuk guntingkan tali pusatnya..Then terus timbang baby. Beratnya 2.82kg.Xla besar sgt,xla kecik sgt..then terus aku hug Damia.Keluar2 je baby ni terus tebuka mate nye..hihi. Ikut mata sape lah tu ye..ayah ke mama :-) Kemudian aku terus iqamatkan Damia..





Mak ayah kami jam dr 6 ptg lgsudah menunggu..Jam 8mlm, baru wifeku dipindahkan ke wad biase.Baby kene hntr nursery dulu untuk dibersihkn dan disiapkan.Jam 10 mlm baru baby dihantar ke wad untuk kami family melihatnya..Damia adalah cucu pertama bg kedua2 belah mak n ayah kami.Semua nya exited time tu :-) So,itulah serba sedikit pengalaman yg mmpu dikongsikan untuk kwn2.Disertakan juga gmbr Damia Humairah untuk tatapan sume..Time kasih jugak pada kwn yg xputus2 mendoakan serta mengucapkan tahniah pada kami. Sekarang, Damia dan mama nye dah berada di Kuala Pilah.Mungkin smpai Raya kot Membujangla aku seketika di bulan Ramadhan ini..hehe








Sunday, August 2, 2009

Buat yang menyokong ISA tapi tak tahu apa itu ISA!!!

MENGAPA ISA DIANGGAP SEBAGAI SEBUAH UNDANG-UNDANG ZALIM OLEH MASYARAKAT UMUM?

~ISA adalah bercanggah dengan rukun-rukun asas perundangan antarabangsa yang antara lain menekankan hak seseorang individu untuk bebas, kebebasan dari penahanan secara sembarangan, hak untuk dimaklumkan tujuan penahanan, hak bagi seseorang individu dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya, serta hak untuk mendapatkan perbicaraan yang adil dan terbuka di mahkamah.

~ISA bertentangan dengan hak seseorang individu untuk membela diri beliau dalam sebuah perbicaraan yang adil dan terbuka. Individu yang ditahan boleh dikurung dan disoal siasat selama 60 hari tanpa sebarang akses kepada nasihat undang-undang oleh peguam.

~Dalam tempoh 60 hari yang pertama, individu yang ditahan di bawah ISA tidak mempunyai sebarang bentuk komunikasi dengan dunia luar.

~Penyeksaan tidak dapat dipisahkan dari penahanan di bawah ISA. Bekas tahanan ISA telah tampil memberi penerangan berkaitan penyeksaan fizikal dan psikologikal yang teruk yang mereka lalui. Seksaan tersebut antara lain termasuk dipukul, dipaksa berbogel, tidak dibenarkan tidur, soal siasat tanpa mengira masa, ugutan mencederakan anggota keluarga termasuk ugutan merogol dan mencederakan anak-anak individu yang ditahan.

~Seksaan yang berterusan telah membuatkan tahanan menandatangani ‘akuan’ yang disediakan oleh kerajaan, disebabkan kebimbangan serius terhadap ugutan dan ancaman.

~ISA kekal sebagai tunjang bagi kuasa untuk penahanan secara sembarangan tanpa perbicaraan yang ada pada Eksekutif
ISA telah seringkali digunakan terhadap individu yang mengkritik kerajaan serta memperjuangkan serta mempertahankan hak asasi manusia. Akta tersebut merupakan sebuah alat yang dikekalkan oleh pihak berkuasa, yakni kerajaan, bagi mengawal serta mengongkong kehidupan awam dan masyarakat umum.

~Sejak 1960 apabila Akta tersebut berkuatkuasa, ribuan orang termasuk ahli kesatuan pekerja, pemimpin mahasiswa, aktivis pekerja, aktivis politik, kumpulan keagamaan, ahli akademik, dan aktivis NGO telah ditahan di bawah ISA. Ramai aktivis politik pada masa lalu telah ditahan lebih dari satu dekad lamanya.

~Selain dari pencabulan hak asasi yang telah dialami oleh tahanan, ISA mempunyai kesan serta pengaruh yang lebih mendalam terhadap masyarakat umum menyebabkan mereka takut serta mempengaruhi cara keterlibatan politik serta kebertanggungjawapan di Malaysia.

~ISA telah digunakan bagi menyekat aktiviti-aktiviti politik, akademik dan sosial yang aman serta membendung kritikan membina dari NGO serta kumpulan pendesak. Ia mengurangkan dan menyempitkan batas politik bagi perbahasan penting berkenaan dasar-dasar ekonomi, isu rasuah, dan cabaran sosial yang lain.

Huraian lebih detail.. sila baca disini..

http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2009/08/apa-itu-isa.html

atau

http://english.cpiasia.net/index.php?option=com_content&view=article&id=1653:soalan-soalan-lazim-berkenaan-isa&catid=39:ISA/OSA

baca dan fahamkan... semoga tahun depan korang ikut kitorang berdemo bersama-sama....